Hari ni misi mencari jalur sungai yg bersambung ke Sungai Langat. Di antara sungai-sungai yang kami melawat ialah Sungai Jelok, Sungai Sekamat, Sungai Long, Sungai Cheras dan Sungai Balak.
Bila tengok sungai-sungai ni, kelihatan banyak sampah sarap. Susah nak bayangkan yg dari sinilah datangnya air yg kita minum hari-hari tu. Kesedaran ttg keselamatan dan kepatuhan agar sampah tidak boleh dibuang ke sungai masih belum sampai ke masyarakat. Rasa tanggungjawab dan kecintaan kpd sungai telah membukit. TIBALAH MASANYA UTK BERUBAH. Hari ni kami bergotong-royong membersihkan sungai bersama-sama Friends Of Langat River di Alur Ilmu, UKM.
Alhamdulillah dgn aktiviti begini, dpt menimbulkan kesedaran dan kefahaman ttg kebersihan sungai dan menjaga sungai utk masa depan sesebuah tamadun. Insyallah, mungkin satu hari kami pula ada port utk melakukan aktiviti begini. Pada hari Sabtu, 28 Julai 2018 pula, kami telah hadir bersama bergotong-royong di River Care & Enviroment Centre yg diuruskan Friends Of Sg. Klang di kawasan berdekatan Melawati. Sungai bahkan seluruh alam adalah satu amanah dan satu anugerah yg diberikan, utk kita jaga dan timbulkan kesedaran utk semua masyarakat ttg kepentingannya utk masa depan. Sungai adalah sumber air minum utk pelbagai makhluk di bumi ni maka ianya menjadi kepentingan kita utk menjaganya. Semoga apa jua usaha kita ini, menjadi manfaat kpd seluruh alam. Pesan Selangor Alhamdulillah. Telah selesai MAMPAN di Pahang pada 18 - 20 Ogos yang lalu. MAMPAN kali ini membawa tema Santai Di Gelora yang disesuaikan dengan SDG. APA ITU SDG atau SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL?
Ia ialah 17 Gol yang ingin dicapai dunia pada tahun 2030. Kita sebagai penduduk bumi disarankan bersama menyumbang apa termampu untuk menjayakan 17 gol ini. Jika 17 gol ini tercapai dengan jayanya kita boleh terus tinggal di bumi dengan bahagia tanpa perlu berfikir untuk pindah ke planet lain sebab bumi dah sangat best. Insyallah #sustainablefuture #JFEM17Pahang
Syukur kepada Allah. Pada 3 dan 4 Disember 2016, kami telah bersama-sama bersilaturahim di Port Dickson sebagai ahli Persatuan Sahabat Aspirasi Negara ataupun PESAN di Port Dickson. Alhamdulillah. Selesai sudah mesyuarat dan silaturahim Timnas Selangor bersama KODESA dan Power Smart Mind.
Telah terjalin satu keputusan untuk memartabatkan pendidikan dlm pembentukan aqidah. Fokus dan perancangan utk 9 daerah dalam Selangor. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aaminn. |
KATEGORI
All
Jumlah Pelawat ke sini
PENAFIAN |