PERSATUAN SAHABAT ASPIRASI NEGARA
BERSAMA MEMBANGUN NEGARA
Mengenai Kami
Kami telah mendaftarkan nama dengan PERSATUAN SAHABAT ASPIRASI NEGARA dengan nombor pendaftaran PPM-008-10-24112016. Nama ringkas Pertubuhan ini adalah PESAN. Pertubuhan ini bertujuankan untuk mendukung cita-cita negara sepertimana yang ada dalam Rukun Negara.
Kami juga sebagai sukarelawan Yayasan Al Tarbiyah Malaysia (Ya'mal) dan ahli dari kelab basikal Associated Cyclosportif Trekkers (ACT), Bahagian Negeri Selangor Darul Ehsan ialah badan NGO yang lahir daripada kesedaran untuk turut serta dalam agenda Kerajaan Malaysia untuk “melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara” (Falsafah Pendidikan Negara).
MATLAMAT
1. Menyemai sikap cinta negara dengan perpaduan. menggalakan generasi kini kenali negara tercinta dengan mewujudkan usaha-usaha membangun sekaligus memupuk semangat kebersamaan dalam perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini.
2. Meningkatkan dan memantapkan jati diri. penerapan jati diri yang mantap di dalam setiap peribadi masyarakat agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. ini juga dapat diertikan sebagai tujuan hidup yang sesungguhnya yang harus dicapai seluruh manusia.
3. Keusahawanan masyarakat. melahirkan usahawan yang berjaya dan tidak alpa dengan norma nilai-nilai murni di samping mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama kepada masyarakat.
4. Keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar. mendidik masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan alam serta merasakan kehadiran alam perlu untuk kita terus hidup dengan sejahtera dan dapat memelihara cara hidup yang lebih demokratif.
5. Memartabatkan seni kebudayaan tempatan. menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak sekaligus menyanjung tinggi nilai-nilai seni budaya itu.
6. Meningkatkan potensi pelbagai industri daerah. mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat tempatan dengan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden berasaskankeunikkan daerah tertentu.
Melalui inilah lakaran dan catatan perjalanan dan pengembaraan kami sepanjang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di seluruh daerah dalam negeri Selangor Darul Ehsan sebagai satu persatuan yang berhasrat mengembangkan pelbagai program dari aspek kegiatan aspirasi nasional dan aktiviti memperkasakan modal insan dan memperkasakan masyarakat desa.
Di dalam ini juga kami catatkan berdasarkan skop yang berkenaan :
- Ekonomi dan Usahawan
- Sukan dan Budaya
- Politik dan Perundangan
- Sosial dan Masyarakat
- Pendidikan dan Pelajaran
- Pertanian dan Penternakan
- Media dan Komunikasi
Melalui blog inilah lakaran dan catatan perjalanan dan pengembaraan kami sepanjang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan sebagai ahli sukan dan sukarelawan yang berhasrat mengembangkan pelbagai program dari aspek kegiatan aspirasi nasional dan aktiviti memperkasakan modal insan dan memperkasakan masyarakat desa.
KEBAIKAN UNTUK SELURUH MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN PEMBANGUNAN NEGARA DEMI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT.
Tujuan Asas
Adalah menjadi hasrat dan cita-cita kami untuk turut serta bersama-sama warga negara Malaysia yang tercinta bagi mendokong cita-cita :
- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
- Memelihara cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
- menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-trradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
- Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi moden

Misi dan Visi
Misi
Melaksanakan aktiviti/program pendidikan dan ekonomi untuk mencapai objektif falsafah pendidikan negara.
Visi
Menjadi wadah untuk melaksanakan berbagai aktiviti/program pendidikan untuk memupuk masyarakat dan generasi pelapis negara dengan
ciri-ciri berikut:

- percaya dan patuh kepada Tuhan;
- berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara;
- berakhlak mulia;
- berilmu pengetahuan luas;
- berkemahiran tinggi;
- sikap toleran yang tinggi serta menghormati sensitiviti kaum yang berlainan;
- berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, lingkungan masyarakat dalam Negaranya dan masyarakat antarabangsa.
Berminat?
Kami juga senantiasa mencari rakan strategik, rakan usahasama dan rakan kerjasama dalam kebersamaan dan pemantapan program untuk "Memperkasakan Modal Insan dan Ekonomi Luar Bandar Dengan Mendokong Aspirasi Nasional Ke Arah Jaminan Makanan".
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami sebagai penganjur, penyumbang, peserta mahupun sukarelawan, anda bolehlah menghubungi kami melalui borang yang ada di bawah ataupun melalui facebook kami di www.facebook.com/selangor.ACT.

|
|